Mengapa bumi berbentuk oval? Mengapa juga matahari dan planet-planet lain sedemikian rupa? Mengapa titis air mempunyai bentuk sama seperti setitis minyak? Pernah terfikir tentang bentuk struktur Glukosa mirip seperti bentuk struktur Vitamin C?
Bentuk objek amat berkaitan dengan tabiatnya. Kereta sport dengan MPV JUARA mana yang lebih kerap memecut? Bentuk kereta "sporty" dikatakan sesuai untuk berlumba dan sebaliknya.
Bagaimana "mangkuk" boleh menakung air tetapi "piring" tidak? Fungsi itu amat berkaitan dengan bentuk. Kajilah bentuk-bentuk molekul virus, antibodi atau molekul-molekul di dalam tubuh organisma hidup. Bentuknya menentukan peranan dan tabiatnya.
Jika berfikir lebih jauh lagi..kalau begitu di dalam bentuk sudah ada taqdirnya. DNA merupakan heliks pelan induk biofizikal organisma. Sebelum lahir taqdirnya ditentukan di atas LOH yang kecil ini. Kemudiannya tubuh badan membesar dan sengaja akur dengan setiap perancangan. Jika ada kromosomnya Y di dalam nukleus sel maka lelakilah ia. Pada masa itu belum ada tubuh lagi apatah lagi organ jantina untuk menunjukkan bakal sibayi itu benar-benar menjadi lelaki.
Renungkanlah...
syslaq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bentuk saluran paip mirip kepada bersifat geometrik (lurus dan bersegi-segi). Perkembangan terbaru mengenai bentuk paip-paip ini ialah para jurutera telah mencipta paip yang bersifat fleksi dan mudah lentur seolah-olah seperti meniru saluran darah di dalam orgasima hidup yang mempunyai bentuk bersifat organik yang bersifat fleksi dan mudah lentur. Jika diamat-amati maka bentuk organik merupakan bentuk yang bersifat lebih maju.
Analogi yang sama boleh dikaitkan dengan penciptaan robot oleh jurutera robotik dewasakini. Mereka sentiasa cuba untuk menambah baik produk mereka sehingga menghampiri bentuk-bentuk humanoid yang mirip kepada bentuk organik benda hidup.
Bila merenung dengan lebih mendalam mengenai fenomena ini maka akan tercetuslah tanggapan bahawa ciptaan Tuhan adalah lebih sofistikated dan maju.
Hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui!
Post a Comment